Sunday, October 11, 2015

Melayu Sumatera buka penempatan terawal di Semenyih?


Penempatan terawal yang dibuka di Semenyih ialah pada sekitar 1890an, iaitu di Jalan Sungai Lalang dan Jalan Bangi. Penempatan terawal ini dibuka oleh imigran dari Sumatera yang telah mula berhijrah ke Selangor sekitar 1880an.

Ketua masyarakat akan mendapatkan perkenan dari Sultan Selangor untuk membangunkan kawasan yang mereka pilih, setelah diperkenankan sultan, mereka akan kembali ke Sumatera untuk mendapatkan tenaga manusia bagi membangunkan kawasan berkenaan lalu terus membentuk penempatan di kawasan berkenaan. Selepas Semenyih, kawasan seterusnya yang diterokai ialah Rinching, iaitu pada 1900an.

Sumber:

P.K Voon. Malay reservations and Malay land ownership in Semenyih and ulu semenyih mukims in Selangor. Modern Asian Studies, Vol 10, No. 4 (1976), pp.509-523 ( JSTOR)

No comments: