Saturday, October 03, 2015

Lemang terpanjang di Malaysia dihasilkan.

Laporan akhbar New Straits Times, 25 Julai 1988.

Cubaan pertama menghasilkan lemang terpanjang diusahakan oleh Restoran Rasa Utara di Kuala Lumpur pada 24 Julai 1988. Lemang didalam buluh sepanjang 10 meter itu mengambil masa 5 jam untuk dimasak dengan bantuan 6 orang pekerja. Kos keseluruhan penghasilan lemang ini ialah sebanyak RM270.
Lemang berkenaan kemudiannya dipotong kepada 400 keping dan setiap satu dijual bersama rendang dengan harga RM1, hasil jualan disumbangkan ke Pusat Pemulihan Orang Cacat di Cheras.
Rekod semasa lemang terpanjang didalam Malaysia Book of Records ialah 200 meter oleh Rukun Tetangga Daerah Gombak pada 2001. Namun kaedahnya berbeza, lemang berkenaan disusun secara menegak sepanjang 200 meter bukannya dalam sebatang buluh. Sebatang buluh boleh mencapai ketinggian kira-kira 40 meter.
Rujukan:
Gombak RT's 200 metre effort is a 'Lemang ' record ( 3 mei 2001) New Straits Times.
Mohd Hairi Abd. Majid (3 Feb 2001) Pelajar UKM catat rekod bakar lemang. Utusan Malaysia.
Longest Lemang in the world? ( 25 Julai 1988) New Straits Times.

No comments: