Saturday, October 03, 2015

Kilang Bunga api di Semenyih Meletup.



Pada 22 Julai 1992, telah berlaku letupan yang memusnahkan bahagian produksi kilang Bunga api Matan Maju Fireworks Sdn Bhd. Kejadian yang berlaku pada sekitar jam 4.45 petang itu telah mengorbankan nyawa seorang pekerja, manakala 4 orang lagi mengalami kecederaan. 
Kilang berkenaan yang terletak di kawasan perindustrian Baranang merupakan kilang bunga api terbesar di Malaysia sejak ditubuhkan pada tahun 1987, ianya merupakan syarikat usahasama diantara Malaysia dengan Britain. Kerugian akibat kejadian berkenaan adalah kira-kira RM50,000.
Peristiwa ini mengimbau kembali tragedi setahun sebelumnya, iaitu kebakaran kilang mercun Bright Sparklers di Sungai Buloh pada 7 Mei 1991.

Sumber:
Factory has permit, says acting district officer (23 July 1992), News Straits Times.
Fireworks firm a Malaysian-British venture (23 July 1992), News Straits Times
Juhaidi Yean Abdullah (24 July 1992) Firm seeks to move fireworks stocks. News Straits Times.
R.V Veera, K.Vijayan, M.Jefri Razali ( 23 July 1992) Fireworks factory blasts kill two, hurt four. News Straits Times.

No comments: