Saturday, October 03, 2015

Jerebu di Malaysia: 1960 - 2015


Kali pertama kejadian jerebu dilaporkan berlaku di Malaysia ialah pada tahun 1960, namun ianya disebabkan oleh faktor tempatan seperti pembakaran terbuka, pembakaran bahan api dari industri perkilangan dan kenderaan.

Kejadian jerebu tahun 1983 merupakan kali pertama ia benar-benar mengganggu kehidupan rakyat Malaysia. Jerebu tahun 1983 ini disebabkan fenomena El Nino dan ditambah pula dengan pembakaran hutan di Kalimantan. Kualiti udara yang buruk juga menyebabkan MAS terpaksa menunda 16 penerbangan mereka, manakala 3 penerbangan lagi dibatalkan.

Tahun seterusnya negara dilanda jerebu teruk ialah pada Ogos 1990, Jun 1991,Oktober 1991 dan Ogos 1994.

Tahun 1997, berlakunya episod terburuk jerebu di Malaysia. Hampir seluruh negara diselaputi asap tebal selama hampir enam bulan, malah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) disesetengah kawasan melewati paras bahaya.

Episod jerebu di Malaysia muncul kembali pada 2005, 2006, 2013 dan 2015.

Sumber:

Days of Haze (24 April 1983). New Sunday Times, p.10.

Hamidi Ismail, Tuan Pah Rokiah Syed Hussain.2001. Hubungan Jerebu dengan kes Asma : Kajian di beberapa buah hospital di Lembah Klang. Akademika 59 (Julai):117-127.

Jamal Othman, Mazura Sahani, Mastura Mahmud, Md Khadzir Sheikh Ahmad. 2014. Transboundary smoke haze pollution in malaysia: inpatient health impacts and economic valuation. Environment Pollution 189:194-201.

Noraini Shariff (2 Februari 1993). Relatively haze-free year in the offing. New Straits Times, p.13.

No comments: